KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing disyaki terlibat pengedaran dadah yang dibungkus semula dalam pek makanan segera menerusi dua serbuan berasingan di sebuah kondominium di Cheras, di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kesemua yang berusia lingkungan 28 hingga 39 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.
Beliau berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki terbabit di kedai serbaneka di tingkat bawah kondominium itu dan merampas serangkai anak kunci serta kad akses unit kondominium berkenaan yang disewa pada harga RM2,050 untuk dijadikan tempat penyimpanan dadah.
"Dalam serbuan kedua, polis menahan wanita warga asing berkenaan yang didapati menggunakan pas lawatan sosial bagi memasuki negara ini bersama syabu seberat 15.735 kilogram," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
Menurut Zam Halim modus operandi mereka dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari utara Semenanjung tanah air sebelum dibungkus semula menggunakan pek makanan segera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Mereka mengambil pesanan dadah melalui aplikasi Telegram sebelum dihantar kepada pembeli dan dipercayai sudah aktif mengedar di sekitar Lembah Klang sejak Januari tahun ini. Mereka menerima upah RM15,000 hingga RM20,000 sebulan," katanya.
Beliau berkata dadah yang dirampas dianggar mampu menampung penggunaan 31,470 penagih dan kesemua direman hingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin (dua, kiri) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, hari ini. - Foto BERNAMA
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.
42 'gadis kalung bunga' kena tahan
Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup di Johor.
Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.
Imigresen Johor tahan 51 PATI termasuk 23 tukang urut wanita
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 51 pendatang asing dalam beberapa operasi di sekitar daerah ini dan Batu Pahat, semalam.
Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.
Imigresen tahan 72 warga asing, tumpas sindiket bekal pelacur di Kuala Lumpur
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks di Kuala Lumpur.
Polis tahan lapan individu terlibat rumah urut dan persundalan
Polis menahan lapan individu termasuk empat wanita warga asing kerana terlibat dalam kegiatan rumah urut dan persundalan, dalam lima serbuan di sekitar daerah Timur Laut semalam.
Bergurau ada bom di LTAPP, wanita warga asing ditahan polis
Padah bergurau membawa bom dalam beg, seorang wanita warganegara asing ditahan Polis Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Khamis.
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.